China naik taraf tiga kem tentera menghadap Taiwan - Utusan Malaysia

China naik taraf tiga kem tentera menghadap Taiwan

KEM Pangkalan tentera udara China di Longtian, Huian dan Zhangzhou yang mengadap Taiwan.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Rakaman imej satelit menunjukkan China giat menaik taraf pangkalan kem tentera udara berhampiran Taiwan dalam perkembangan terkini konflik ketegangan kedua-dua negara.

Tiga kem di wilayah Fujian di perairan tenggara China ditingkatkan serta diperkuat dengan pertahanan yang lebih baik untuk meningkatkan usaha China sekiranya berlaku konflik udara dengan Taiwan.

Imej satelit itu muncul selepas tentera udara China melancarkan 150 pesawat melintasi Zon Pengenalan Pertahanan Udara (ADIZ) Taiwan, 1 hingga 4 Oktober lalu.

Gambar yang diambil dari pemandangan atas pangkalan Longtian, Huian dan Zhangzhou menunjukkan pembinaan kontena simpanan dan bangunan pentadbiran baharu.

Gambar-gambar itu diambil oleh Planet Labs yang pertama kali disiarkan oleh laman web automatif dan ketenteraan Amerika Syarikat, The Drive.

Gambar itu menunjukkan kerja-kerja pembinaan di pangkalan dengan sebahagian besar infrastruktur yang didirikan sejak 1980an, bermula awal tahun lalu dan masih berterusan sehingga kini.

Pangkalan udara Longtian turut diperluaskan dan disesuaikan sebagai kawasan pertahanan udara China.

Sekurang-kurangnya lima kontena penyimpanan dan bangunan pentadbiran baharu sedang dibina di kawasan itu.

Imej yang dirakam 2 Oktober lalu, turut menunjukkan empat tempat perlindungan pesawat dalam proses pembinaan.

Di kem pangkalan tentera Huian yang merupakan tempat perlindungan pesawat bomba, besar kemungkinan akan digunakan sebagai tempat penyimpanan peluru.

Di kem pangkalan Zhangzhou yang menempatkan kediaman tentera udara Komando Tentera Timur, sebuah tapak pertahanan udara baharu dibina serta beberapa bangunan lain.

Pakar Ketenteraan di kem Macau, Antony Wong Tong memberitahu South China Morning Post, pembinaan itu menunjukkan petanda mengenai kem pangkalan mungkin digunakan sekiranya berlaku konflik pencerobohan dengan Taiwan pada masa depan.

“Pangkalan Longtian dilihat seperti akan digunakan sebagai aerodrom alternatif selepas pengubahsuaian besar-besaran dilakukan.

“Sementara itu, empat tempat perlindungan pesawat dan 24 pesawat pelindung udara di pangkalan udara Huaian menunjukkan China akan menempatkan briged penerbangan skala penuh,” jelasnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN