China larang bina menara tinggi, lebih utamakan prestij berbanding keperluan semasa - Utusan Malaysia

China larang bina menara tinggi, lebih utamakan prestij berbanding keperluan semasa

PASUKAN keselamatan berkawal di Sungai Huangpu yang berlatarkan Oriental Pearl Radio and Television Tower di Shanghai. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Kerajaan China mengeluarkan undang-undang baharu yang menyekat bandar berpenduduk rendah daripada membina bangunan pencakar langit.

BBC News Indonesia melaporkan, dasar itu diambil sebagai usaha membanteras projek pembinaan bangunan yang mengutamakan prestij berbanding keperluan.

China sebelum ini mempunyai undang-undang melarang pembinaan bangunan melebihi tinggi 500 meter manakala peraturan baharu itu menyediakan peruntukan yang lebih khusus untuk bandar yang mempunyai kepadatan penduduk rendah.

China menjadi lokasi beberapa bangunan tertinggi di dunia, salah satunya ialah Menara Shanghai yang mempunyai 128 tingkat.

Beberapa pihak mempersoalkan betapa mendesaknya pembinaan bangunan pencakar langit di bandar yang mempunyai kepadatan penduduk rendah.

Menurut laporan, pembinaan bangunan tinggi itu lebih bertujuan menarik perhatian, mengutamakan prestij tetapi tidak mengikut keperluan.

Dasar sekatan itu disambut baik majoriti masyarakat yang menyampaikan pendapat mereka melalui media sosial, Weibo.

Menurut mereka, pembinaan bangunan pencakar langit tidak diperlukan dan hanya bersifat gimik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN