Berpakaian seperti hantu, wanita maut ditembak jiran - Utusan Malaysia

Berpakaian seperti hantu, wanita maut ditembak jiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEXICO CITY: Seorang wanita di Mexico ditembak mati oleh jirannya selepas secara sengaja berpakaian seperti hantu untuk menakut-nakutkan orang ramai.

Lapor New York Post, wanita itu dikatakan berusia antara 20 hingga 25 tahun.

Ketika kejadian, mangsa yang mengenakan gaun berwarna putih, berkeliaran di sekitar jalan di bandar Naucalpan de Juarez, Mexico.

Dilaporkan, mangsa berpakaian seperti The Weeping Woman atau dikenali sebagai La Llorona yang merupakan legenda rakyat Mexico.

La Llorona mengisahkan seorang wanita menangis akibat kehilangan tiga anaknya selepas membunuh dengan mencampak mereka ke dalam sungai.

Menurut penduduk tempatan, mereka melihat mangsa berlari sambil menjerit ay mis hijos yang bermaksud wahai anak-anakku.

Seorang lagi penduduk sempat merakam aksi wanita itu sebelum dia ditembak mati oleh jirannya.

Berdasarkan laporan media tempatan, penembak itu melarikan diri dari lokasi kejadian selepas membunuh mangsa.

Setakat ini, polis masih belum mendedahkan identiti mangsa dan tiada tangkapan berhubung kejadian itu dilaporkan.

Pihak berkuasa sudah memulakan siasatan berkaitan kejadian yang mengejutkan itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.