Bekas tentera fail saman RM21.3 juta - Utusan Malaysia

Bekas tentera fail saman RM21.3 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang bekas tentera yang memfailkan saman sebanyak 3.7 juta pound (RM21.3 juta) terhadap Kementerian Pertahanan (MoD) berhubung keadaan kakinya, didakwa membuat pertuduhan palsu.

Brian Muyepa, 32, berkata, dia menggigil kesejukan yang melampau selepas ditinggalkan dalam keadaan berkasut basah selama lima jam selepas menjalani latihan di terowong Wales, pada musim sejuk 2016.

Bagaimanapun, bekas penembak Tentera Diraja itu menghadapi pertuduhan ‘penipuan’ dengan ‘meletakkan pek ais di kakinya untuk menipu ketika ujian diagnostik’.

Peguam Kementerian awal tahun ini mengaku mengabaikan tanggungjawab terhadap Muyepa, namun kemudian menuduh bekas tentera itu sengaja ‘membesar-besarkan’ tuntutannya.

Pertuduhan itu dikemukakan selepas rakaman video menunjukkan dia menari di majlis barbeku yang dikongsikan dalam media sosial.

Pihak peguam memohon untuk menarik balik pengakuan itu dan mengubah pembelaan mereka untuk menuduh lelaki itu berbohong untuk ‘memperbodohkan’ pihak kementerian.

Peguam MoD, Andrew Ward memberitahu Hakim John Kimbell di Mahkamah Tinggi bahawa saksi baharu telah tampil untuk memberikan keterangan terhadap Muyepa.

Lelaki itu didakwa ‘berbincang dengan orang lain yang meletakkan blok ais di kakinya untuk menipu semasa ujian termografi inframerah diagnostik’.

Situasi itu berlaku sebelum kakinya diperiksa oleh doktor tentera di Institut Perubatan Tentera Laut di Gosport, Hampshire.

“Kes kami tuntutan itu adalah penipuan sepenuhnya,” katanya kepada Hakim.

Dalam tuntutan pampasan bernilai 3.7 juta pound itu, Muyepa mendakwa kecederaan yang dialaminya menyebabkan dia menderita kesakitan.

Muyepa menyertai Royal Artillery sebagai penembak ketika berusia 19 tahun, 2007 dan pernah menyertai Rejimen 40 sebelum ke Rejimen 47.-AGENSI

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya