Banjir Thailand terkawal, tidak seteruk 2011 - Utusan Malaysia

Banjir Thailand terkawal, tidak seteruk 2011

PENDUDUK meredah banjir di depan rumahnya di wilayah Ayutthaya baru-baru ini. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Pihak kerajaan dan pakar memberi jaminan Thailand tidak akan berhadapan situasi banjir seperti 2011 yang melumpuhkan negara.

Pihak berkuasa berusaha meredakan kebimbangan orang ramai mengenai situasi banjir semasa yang menjejaskan beberapa wilayah di Thailand.

Menteri Dalam Negeri, Anu­pong Paojinda berkata, beberapa kawasan tadahan air dibina de­ngan pengurusan air sistematik bagi menangani situasi tersebut dan menyimpan limpahan banjir untuk digunakan semasa cuaca kering.

“Kita sudah memberi arahan kepada gabenor wilayah dan agensi di bawah kementerian untuk bersiap sedia membantu mangsa banjir,” katanya seperti dilaporkan Bangkok Post.

PERBANDINGAN situasi paras air banjir semasa 2011 dan 2021. – BANGKOK POST

Beliau turut menekankan kepentingan sistem amaran banjir tepat pada masanya dan pihak berkuasa perlu mendapatkan barang keperluan seperti makanan, air minuman dan bekalan bantuan untuk dihantar segera kepada mangsa banjir.

Hujan lebat sejak 23 September lalu menyebabkan 30 wilayah digenangi banjir sehingga menyebabkan tujuh penduduk maut dan puluhan ribu keluarga terpaksa berpindah.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Agensi Pembangunan Teknologi Angkasa Lepas dan Geo-Maklumat, Pakorn Ataphant berkata, beberapa sektor di negara ini dapat mengelakkan daripada tragedi banjir 2011 berulang.

Jelasnya, terdapat banyak kejadian ribut yang berlaku semasa 2011, berbanding situasi sekarang yang hanya melibatkan beberapa kes ribut yang melanda.

Beliau malah menjelaskan pelan pengurusan banjir sudah bertambah baik dengan pembinaan tebatan banjir dan pertambahan bilangan kawasan tadahan air seluas 25,600 hektar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN