Banduan minta cheeseburger, pizza sebagai hidangan terakhir sebelum dihukum mati

Banduan minta cheeseburger, pizza sebagai hidangan terakhir sebelum dihukum mati

Ernest Lee Johnson
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MISSOURI: Ernest Lee Johnson dihukum mati hari ini di penjara Missouri di Bonne Terre setelah didapati bersalah membunuh tiga pekerja kedai dalam rompakan pada tahun 1994.

Banduan akhir berusia 61 tahun itu diberikan suntikan maut kerana membunuh tiga mangsa – Mary Bratcher, 46, Mable Scruggs, 57, dan Fred Jones, 58 – dengan tukul di Columbia 27 tahun yang lalu.

Sebagai tradisi sebelum hukuman mati dilaksanakan di AS, Johnson juga diberi peluang menikmati hidangan terakhirnya yang istimewa. Tradisi makanan terakhir yang diminta di AS dianggap bermula di Texas pada tahun 1924.

Difahamkam Johnson memilih untuk menikmati hidangan besar lagi berminyak pada waktu-waktu terakhirnya.

Menurut laporan Tha Kansas City Star, sebagai pembuka selera, peragut tiga nyawa itu memintya burger keju bacon berganda.

Untuk minuman pula, dia meminta agar pihak berkuasa penjara membawanya dua milkshake strawberi.

Bagi hidangan terakhirnya, dia kemudian memakan sebiji pizza besar, dengan ‘onion ring’ di sekelilingnya.

Johnson disahkan mati pada pukul 6.11 malam pada hari Selasa, waktu tempatan, setelah Mahkamah Agung AS menolak permintaan saat terakhir untuk menghentikan pelaksanaannya.

Hukuman itu dilaksanakan setelah bertahun-tahun perdebatan undang-undang mengenai hukuman mati, termasuk ada yang mempersoalkan dengan alasan dia menderita cacat intelektual.

Minggu lalu, Paus Francis membuat permohonan luar biasa kepada Gubernur Missouri, Michael Parson untuk menghentikan pelaksanaannya.

Gabenor Parson menolak permohonan Paus untuk meminta pengampunan itu, dan juga petisyen dengan hampir 25,000 tanda tangan.

Keluarga-keluarga mereka yang dibunuh oleh Johnson juga berpendapat Johnson tidak sepatutnya diampunkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.