Atlet `Dutch Giant' dinamakan ahli bina badan paling tinggi dunia - Utusan Malaysia

Atlet `Dutch Giant’ dinamakan ahli bina badan paling tinggi dunia

OLIVIER Richters memiliki ketinggian7 kaki dan 1.9 inchi atau 2.16 meter - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Seorang atlet dari Belanda yang mempunyai ketinggian luar biasa iaitu 7 kaki dan 1.9 inci atau 2.16 meter, diisytiharkan sebagai ahli bina badan profesional yang paling tinggi di dunia.

Lapor portal UPI, Olivier Richters yang juga dikenali sebagai Dutch Giant menerima pengiktirafan itu daripada Rekod Dunia Guinness.

Menurut agensi itu, Richters mendapat pengiktirafan bagi kategori ahli bina badan profesional/ tidak kompetitif paling tinggi di dunia selepas ketinggian atlet itu direkodkan secara rasmi di Eemnes, Belanda.

Sementara itu, Richard berkata, beliau pada mulanya berasa teragak-agak untuk menerima gelaran itu kerana bekerja sebagai model dan pelakon layar.

Namun, kata Richard, beliau menerimanya selepas Rekod Dunia Guinness mewujudkan kategori khas itu.

Richard membuat penampilan sulung dalam filem Black Widow dengan memegang watak Ursa.

Beliau juga akan berlakon dalam filem The King’s Man arahan Matthew Vaughn. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya