AS tawar pampasan akibat tersalah serang dron di Afghanistan - Utusan Malaysia

AS tawar pampasan akibat tersalah serang dron di Afghanistan

PENDUDUK melihat kenderaan milik Zemari Ahmadi yang musnah dalam serangan dron Amerika Syarikat di Kabul. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) menawarkan bayaran pampasan kepada 10 mangsa di Afghanistan yang maut akibat tersalah tembak dalam serangan dron.

Mangsa yang terbunuh melibatkan tujuh kanak-kanak ketika AS membalas serangan Daesh.

Pentagon turut memaklumkan sedang bekerjasama dengan Kementerian Luar bagi memindahkan mana-mana waris terbabit ke AS sekiranya mahu meninggalkan Afghanistan.

Tawaran dibuat sejak Khamis lalu, semasa pertemuan Colin Kahl dengan wakil menteri pertahanan, Steven Kwon dan pengasas kumpulan kebajikan aktif di Afghanistan yang dikenali sebagai Nutrition and Educational International.

Bagaimanapun, jumlah pampasan tidak didedahkan ketika perjumpaan tersebut.

Ogos lalu, perisik AS tersilap mengenal pasti Ezmarai Ahmadi yang merupakan pekerja pertubuhan itu sebagai anggota Daesh, menjelang tarikh akhir pemindahan tentera AS keluar dari Kabul.

Perisik AS mengesan kenderaan Ezmarai selama lapan jam sebelum melancarkan serangan peluru berpandu ke atasnya sehingga mengorbankan ahli keluarga lain.-AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.