AS akan lindungi Taiwan, jika diserang China - Utusan Malaysia

AS akan lindungi Taiwan, jika diserang China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden berjanji akan mempertahankan Taiwan sekiranya diserang China.

Bagaimanapun, jurucakap White House memberitahu kepada media AS ucapan itu tidak bermaksud berlaku perubahan dalam polisi luar yang ditetapkan.

AS mempunyai undang-undang yang memerlukan negara itu menawarkan bantuan kepada Taiwan bagi mempertahankan diri apabila diserang.

Kerajaan China belum memberikan sebarang maklum balas terhadap kenyataan Biden.

Semasa sesi town hall CNN, seorang peserta merujuk kepada laporan terkini mengenai Kerajaan China yang melakukan ujian terhadap peluru berpandu hipersonik.

Peserta bertanya kepada Biden sekiranya beliau boleh ‘berjanji untuk melindungi Taiwan’ dan apakah perancangan beliau terhadap perkembangan ketenteraan China.

Biden memberikan maklum balas tiada apa yang perlu dirisaukan sama ada China akan menjadi lebih berkuasa atau sebaliknya.

“China, Rusia dan negara lain di dunia tahu siapakah tentera paling berkuasa dalam sejarah dunia,” katanya.-BBC

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya