Arsenal lamar budak 4 tahun sertai akademi - Utusan Malaysia

Arsenal lamar budak 4 tahun sertai akademi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kelab bola sepak terbesar di London, Arsenal melamar kanak-kanak berusia empat tahun menyertai pra-akademinya selepas melihat bakat luar biasa yang dimiliki.

Lapor BBC, Zayn Ali Salman merupakan kanak-kanak paling muda yang pernah direkrut Arsenal.

Zayn ditempatkan bersama kanak-kanak berusia lima hingga enam tahun lain dan dibimbing oleh Jurulatih Akademi Bola Sepak First Touch, Austin Schofield.

“Saya kagum melibat cara dia menyepak bola dan menghantar bola kepada pemain lain. Malah, dia lebih cepat belajar daripada kanak-kanak lain.

“Jadi saya bercakap dengan bapanya mahu melatih dia menjadi seorang pemain profesional suatu hari nanti,” katanya.

Sementara itu, bapa Zayn mengaku anaknya mempunyai bakat luar biasa sejak dilahirkan.

“Saya teringat masa jururawat meletakkan anak saya di atas perut ibunya, dan dia mula memandang ke atas serta melihat sekeliling,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya