Apple buang aplikasi al-Quran di China - Utusan Malaysia

Apple buang aplikasi al-Quran di China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Syarikat gergasi teknologi, Apple dilaporkan membuang aplikasi al-Quran paling popular di China selepas mendapat permintaan dari pihak berkuasa negara itu.

Aplikasi Quran Majeed tersedia dalam App Store di seluruh dunia dan mempunyai 150,000 ulasan oleh pengguna.

Syarikat itu memaklumkan pihaknya membuang kandungan tersebut selepas pihak berkuasa China mendakwa mengandungi teks agama menyalahi undang-undang negara.

Bagaimanapun, tidak jelas sehingga sekarang apakah peraturan yang dilanggar aplikasi tersebut.

Aplikasi Quran Majeed menegaskan ia merupakan produk yang mendapat kepercayaan oleh 35 juta penduduk Islam di seluruh dunia.

Kerajaan China bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen kepada BBC.

Penghapusan aplikasi itu dikesan oleh Apple Censorship yang merupakan laman web yang memantau aplikasi Apple secara global.

Parti Komunis China mengiktiraf islam sebagai agama untuk dianuti oleh penduduk di negara itu.

Bagaimanapun, China seakan memusuhi penganut Islam apabila melanggar hak asasi manusia dengan pembunuhan berama-ramai etnik Uighur Muslim di Xinjiang.-BBC

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya