7 tahun tak tidur, kini mampu lelap 10 minit - Utusan Malaysia

7 tahun tak tidur, kini mampu lelap 10 minit

CUCU tidak boleh tidur malam sejak tujuh tahun lalu.-TRIBUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAWA BARAT: Kisah seorang wanita di Bandung Barat yang tidak boleh tidur pada waktu malam sejak tujuh tahun lalu, kini dilaporkan semakin baik dan mula menunjukkan perubahan positif.

Cucu, 45, kini sudah boleh memejamkan mata selama sepuluh minit, lapor Tribunnews.

Menurut anaknya, Fani, ibunya juga sudah boleh pergi ke bilik air sendiri, sedangkan beberapa bulan lalu dia hanya terbaring lemah di tempat tidur.

Meskipun keadaannya sudah menunjukkan perubahan, Cucu masih perlu menjalani rawatan di hospital serta kaedah tradisional agar tidurnya kembali normal seperti biasa.

Cucu mula hilang rasa mengantuk sejak 2014 hingga akhirnya melarat dan menjadikannya berjaga selama tujuh tahun.

Wanita dua anak itu memberitahu dia sudah menjalani pelbagai rawatan tradisional dan moden untuk mengubati masalahnya, namun gagal.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN