64 juta penduduk Indonesia tiada pencuci tangan di rumah  - Utusan Malaysia

64 juta penduduk Indonesia tiada pencuci tangan di rumah 

PELAJAR mencuci tangan sebelum mengikuti sesi pembelajaran bersemuka di Palembang. - TRIBUNNEWS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Data dari Badan Pusat Statistik Indonesia menunjukkan seramai 64 juta penduduk tidak mempunyai alat pencuci tangan di rumah. 

Jumlah itu bersamaan 25 peratus populasi penduduk Indonesia atau satu dari empat penduduk, lapor Tribunnews

Sedangkan mencuci tangan dengan sabun adalah kaedah termurah dan paling efektif menghentikan penularan Covid-19. 

Pengarah Kesihatan Persekitaran, Vensya Sitohang berkata, selain mencegah wabak, cuci tangan pakai sabun (CTPS) dapat menurunkan gangguan pencernaan (diare) dan jangkitan saluran pernafasan akut (ISPA) hingga 30 peratus. 

Katanya, kedua-dua penyakit itu merupakan penyebab utama kematian kanak-kanak di Indonesia. 

“CTPS yang sebetulnya adalah setiap orang perlu mencuci tangan dengan sabun secara teratur dan mengikuti teknik mencuci tangan yang benar,” katanya dalam seminar secara maya. 

Menurut Vensya, selain kemudahan CTPS di rumah, beberapa tempat seperti sekolah, fasiliti kesihatan, pasar raya, pasar dan taman perlu juga perlu menyediakan peralatan itu. 

Hari CTPS bertemakan ‘masa depan kita di tangan kita’ menjadi momentum dalam mencegah penularan pelbagai penyakit. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya