4 maut, runtuhan salji di Ecuador - Utusan Malaysia

4 maut, runtuhan salji di Ecuador

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

QUITO: Sekurang-kurangnya empat orang maut dalam insiden runtuhan salji di gunung Chimborazo, tengah Ecuador.

Lapor Xinhua, perkara itu dimaklumkan oleh Perkhidmatan Keselamatan Bersepadu Ecuador, ECU 911.

Menurut agensi itu dalam satu kenyataan, runtuhan salji itu menimpa sekumpulan 12 pendaki ketika mereka mendaki gunung berapi tidak aktif pada ketinggian kira-kira 6,100 meter.

Dilaporkan, kejadian itu berlaku sekitar 6.30 pagi (waktu tempatan).

Jelas agensi itu, pasukan penyelamat terdiri daripada anggota polis dan bomba selain sebuah helikopter dikerahkan ke lokasi kejadian untuk menyelamatkan kumpulan pendaki berkenaan.

Setakat ini, warganegara pendaki masih belum didedahkan.

Akses kepada kawasan hutan simpan Chimborazo yang mengelilingi gunung berapi tidak aktif itu telah disekat.

Chimborazo merupakan gunung berapi tidak aktif yang paling tinggi di Ecuador, dengan mempunyai ketinggian 6,263 meter dari paras laut.

Gunung yang dilitupi salji itu merupakan puncak popular bagi pendaki tempatan dan asing. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya