17 mubaligh AS dan keluarga diculik di Haiti - Utusan Malaysia

17 mubaligh AS dan keluarga diculik di Haiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT-AU-PRINCE: Sekurang-kurangnya 17 mubaligh dari Amerika Syarikat (AS) dan ahli keluarga mereka disyaki diculik oleh sekumpulan penjenayah di luar ibu kota Haiti semalam.

Menurut sumber pihak keselamatan, kumpulan mubaligh itu termasuk kanak-kanak ditahan kumpulan bersenjata yang didakwa turut terlibat dalam kegiatan mencuri serta menculik sejak beberapa bulan lalu di kawasan antara Port-au-Prince dan sempadan Republik Dominika.

Jurucakap kerajaan AS yang dihubungi bagaimanapun enggan memberikan sebarang maklumat lanjut berhubung insiden itu.

Menurut wakil kerajaan AS, keselamatan dan kebajikan rakyat negara itu akan menjadi keutamaan Jabatan Negara AS.

Berdasarkan Pusat Analisis dan Penyelidikan Hak Asasi Manusia, lebih 600 orang diculik dalam tempoh tiga suku pertama tahun ini, berbanding 231 pada tahun lalu.

Krisis ekonomi dan politik di Haiti semakin memburuk selepas insiden pembunuhan Presiden Jovenel Moise pada Julai lalu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN