12 maut serangan bom di Lapangan Terbang Aden - Utusan Malaysia

12 maut serangan bom di Lapangan Terbang Aden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ADEN: Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh selepas letupan bom kereta berlaku berdekatan Lapangan Terbang Aden.

Menurut sumber pihak kerajaan, letupan turut menyebabkan beberapa mangsa mengalami kecederaan serius dan punca kejadian tidak diketahui lagi.

Letupan di ibu negara Yemen berlaku selepas tiga minggu serangan bom kereta yang menyasarkan Gabenor Aden sehingga menyebabkan enam orang terbunuh.

Bagaimanapun, gabenor itu terselamat dalam serangan tersebut.

Rakaman video AFP menunjukkan seorang mayat dikeluarkan dari kereta yang hancur sepenuhnya, manakala, anggota bomba memadam kebakaran di kawasan tersebut.

Sehingga kini, belum ada mana-mana pihak tampil bertanggungjawab melakukan serangan yang paling teruk sejak Disember tahun lalu.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN