SINGAPURA: Seorang warga emas berusia 93 tahun meninggal dunia akibat komplikasi Covid-10 di negara ini.
Kes kematian terkini itu sekali gus merekodkan kematian ke-56 akibat penyakit itu, lapor CNA.
Kementerian Kesihatan memaklumkan mangsa direkodkan sebagai kes 71,194 belum menerima suntikan vaksin Covid-19 dan mempunyai sejarah penyakit diabetes, buah pinggang kronik, darah tinggi.
Wanita itu mula bergejala sejak 2 September lalu dan dihantar ke Pusat Kebangsaan Penyakit Berjangkit 5 September dan disahkan positif Covid-19.
Singapura merekodkan sebanyak 347 kes jangkitan tempatan semalam.
Daripada kes baharu tersebut, seramai tiga individu berusia melebihi 70 tahun yang belum divaksin atau baru menerima satu dos vaksin.










