Wanita temukan potongan jari manusia dalam burger - Utusan Malaysia

Wanita temukan potongan jari manusia dalam burger

BURGER yang dibelinya di sebuah restoran di Santa Cruz de la Sierra, Bolivia. - NEWSFLASH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LA PAZ: Seorang wanita terkejut selepas menemukan potongan jari manusia di dalam burger yang dibelinya di sebuah restoran di Santa Cruz de la Sierra, Bolivia.

Lapor Express, wanita yang enggan mendedahkan namanya memberitahu dia menemukan bahagian itu ketika sedang menikmati hidangan makanan di restoran tersebut.

Timbalan Menteri Hal Ehwal Pengguna, Jorge Silva berkata, bahagian jari ditemukan itu milik salah seorang pekerja di rumah sembelihan.

Katanya, pekerja tersebut kehilangan dua jarinya dalam satu kemalangan pada Jumaat lalu ketika mengendalikan mesin pemotong yang menyediakan kira-kira 80 kilogram (kg) daging.

Menurut Silva, pekerja tersebut kemudian dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan jari terputus itu didakwa telah dibuang selepas kejadian itu.

“Kami akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab, hukuman penjara boleh dikenakan hingga 10 tahun,” katanya.

Dilaporkan, ini bukan kali pertama insiden seperti itu berlaku.

Sebelum ini, terdapat sekurang-kurangnya tiga kejadian lain membabitkan pekerja kehilangan jari.

Sementara itu, Kementerian Sumber Manusia mengarahkan semua operasi di rumah sembelihan tersebut dihentikan sehingga terdapat bukti dokumen pekerja dilatih untuk mengendalikan mesin.

Menurut pengurusan restoran, pihaknya sentiasa mematuhi semua peraturan keselamatan makanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya