Wanita diludah kerana pakai tudung - Utusan Malaysia

Wanita diludah kerana pakai tudung

BARAA BOLAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VIENNA: Seorang wanita Muslim mendakwa diserang secara fizikal apabila tudung yang dipakainya ditarik serta diludah oleh individu tidak dikenali semasa berada di dalam bas di bandar ini.

Mangsa, Baraa Bolat, berasa terkejut dengan kejadian itu kerana pertama kali dia diserang sedemikian, baru-baru ini.

“Seorang wanita mendekati saya dan memberitahu supaya kembali ke Turki dengan begitu prejudis disebabkan saya memakai tudung, walaupun saya bukan berasal dari Turki,” katanya kepada Anadolu.

Baraa bagaimanapun tidak menghiraukan serangan rasis itu dan berjalan menuju ke bahagian depan pengangkutan awam tersebut, namun penye­rang tetap mengikutinya dan terus menghinanya.

“Saya buat tidak tahu tetapi dia pula yang meludah saya. Kemudian saya turun dari bas dan dia tetap mengikuti saya sehingga menarik tudung saya.

“Tindakan itu menyebabkan jarum yang berada di tudung mencederakan dagu saya. Saya menjerit tetapi dia tidak berhenti sehingga saya keluarkan telefon bimbit dan mengambil gambarnya,” luahnya.

Baraa turut berkongsikan insiden itu dalam media sosial dengan wanita itu melarikan diri selepas gambarnya berjaya dirakam.

Jelasnya, dia perlu bersikap tegas terhadap kejadian itu dan semua orang perlu belajar me­ngenainya.

“Tidak kira memakai hijab atau tidak, warna kulit mahupun etnik, tiada sesiapa yang perlu melalui kejadian seperti ini,” tegasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN