Wanita AS pelik lihat rakyat Australia berkaki ayam - Utusan Malaysia

Wanita AS pelik lihat rakyat Australia berkaki ayam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Seorang pereka fesyen pakaian dalam yang tinggal di Sydney mengalami kejutan budaya selepas melihat penduduk negara ini membeli belah dengan berkaki ayam.

Lapor Daily Mail, Sophia Kim yang berpindah ke New South Wales dari Los Angeles, Februari tahun lalu, melihat ramai pelanggan berjalan santai tanpa memakai kasut di Woolworths.

Walaupun berkaki ayam di kawasan awam merupakan satu kebiasaan di negara itu, tabiat itu dilihat pelik oleh kebanyakan golongan ekspatriat.

Wanita berusia 29 tahun itu memuat naik video dalam TikTok sambil memberitahu pemakaian pelitup muka adalah wajib, sementara pemakaian kasut adalah satu pilihan.

“Saya rasa menarik apabila melihat orang ramai tidak berkasut. Saya tidak membencinya tetapi ia adalah kejutan budaya buat diri saya,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya