Vietnam luluskan penggunaan vaksin Abdala dari Cuba - Utusan Malaysia

Vietnam luluskan penggunaan vaksin Abdala dari Cuba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI: Kementerian Kesihatan Vietnam menyatakan persetujuan penggunaan vaksin Abdala dari Cuba bagi melawan virus Covid-19.

Abdala adalah vaksin Covid-19 kelapan yang dipersetujui untuk digunakan semasa darurat di Vietnam.

Sebelum ini, Vietnam menggunakan vaksin AstraZeneca, Johnson&Johnson, Moderna, Pfizer-BioNTech, Sputnik, Sinopharm dan Hayat-Vax.

Lapor CNA, vaksin Abdala merupakan vaksin terendah digunakan di negara itu dengan hanya 6.3 peratus daripada 98 juta orang yang menerima dua suntikan vaksin tersebut.

Pengumuman itu dilakukan beberapa jam selepas Presiden, Nguyen Xuan Phuc meninggalkan Hanoi bagi melakukan kunjungan rasmi ke Havana.

Vietnam merekodkan sebanyak 6667,650 kes positif Covid-19 dengan 16,637 kes kematian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya