Tubuh siasatan audit kereta api laju Jakarta-Bandung - Utusan Malaysia

Tubuh siasatan audit kereta api laju Jakarta-Bandung

JOKO Widodo ketika upacara pecah tanah projek kereta api berkelajuan tinggi di Bandung. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Anggota Suruhanjaya VI, Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), Herman Khaeron mahu siasatan audit dijalankan terhadap projek kereta api berkelajuan tinggi Jakarta-Bandung.

Republika melaporkan, perkara itu penting susulan laporan biaya projek tersebut ‘membengkak’ kepada 4.1 triliun rupiah.

Herman dalam satu kenyataan berkata, hingga kini belum ada siasatan lanjut diadakan mengenai kenaikan kos projek kereta api berkelajuan tinggi itu.

Atas sebab itu jelasnya, projek tersebut perlu diaudit segera oleh Badan Pemeriksa Kewangan (BPK) serta Badan Pengawasan Kewangan dan Pembangunan (BPKP).

“Adalah menjadi harapan agar projek itu tidak akan membebankan kewangan negara,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya