BEIJING: Pelancaran filem Marvel, Shang Chi dan Legend of the Ten Rings menjadi tumpuan di seluruh dunia termasuk di Hong Kong.
Lapor South China Morning Post, selepas empat dekad menceburkan diri dalam karier lakonan, pelakon Tony Leung Chiu Wai dipilih memegang watak Xu Wenmu.
Legenda perfileman berusia 59 tahun itu memegang rekod sebagai pelakon lelaki yang dibayar paling mahal di negara ini.
Tidak seperti pelakon lain seangkatan dengan dirinya, Leung jarang atau boleh dikatakan tidak suka menayangkan kekayaan dimilikinya, berdasarkan laporan Celebrity Net Worth.
Beliau dilaporkan memiliki kekayaan sebanyak AS$20 juta (RM82.7 juta), belum ditambah dengan jutaan harta yang dimiliki isterinya yang juga seorang pelakon, Carina Lau.
Leung sememangnya seorang hartawan yang bijak menguruskan kewangan sendiri.
Beliau menggunakan kekayaan yang dimiliki dengan membuat pelaburan dalam bidang perumahan.
Sebagai contoh, pelakon itu pernah membeli pangsapuri aras bawah di Wellington Street berharga AS$3.7 juta (RM15.3 juta) dan menjualnya semula empat tahun kemudian dengan harga
AS$12.7 juta (RM52.5 juta), secara tidak langsung meraih keuntungan AS$9 juta (RM37.2 juta).
Selain itu, beliau gemar membeli kereta mewah dan edisi terhad seperti Range Rover, melakukan pelayaran dan luncur di laut.
Hartanya mungkin bertambah ‘berkat’ apabila pelakon itu tidak berkira dengan isteri sendiri dan membelanjakan barang kemas buat suri hatinya.
Isterinya dilihat kerap memakai jenama Cartier, Tiffany & Co. dan Bulgari.