Terowong Gaza-Mesir runtuh, tiga maut - Utusan Malaysia

Terowong Gaza-Mesir runtuh, tiga maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA CITY: Tiga mayat rakyat Palestin ditemukan selepas sebuah terowong bawah tanah dari selatan Semenanjung Gaza ke Mesir runtuh dalam satu kejadian.

Perkara itu dimaklumkan oleh pihak berkuasa di kawasan yang dikuasai pergerakan Hamas.

“Pasukan pertahanan awam menemukan tiga mayat dibawah runtuhan berhampiran sempadan, selatan bandar Rafah selepas sebahagian terowong runtuh pada Khamis lalu,” kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Iyad al-Bozom dalam kenyataan.

Seorang sumber dekat dengan Hamas yang enggan mendedahkan identitinya memaklumkan insiden itu berlaku selepas gas disalurkan ke terowong dari pihak Mesir sehingga menyebabkan runtuhan yang mengorbankan tiga orang pekerja.

Menurut Israel, terowong dibina di bawah sempadan dengan Mesir untuk membolehkan Hamas yang disokong Iran dan sekutunya menyeludup senjata.

Rakyat Palestin pula menyatakan terowong tersebut merupakan laluan bagi penduduk dan penghantaran barang untuk masuk dan keluar dari kawasan dijajah yang berada di bawah sekatan Israel sejak tahun 2007. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN