Tentera India dikerah cari mangsa bot terbalik - Utusan Malaysia

Tentera India dikerah cari mangsa bot terbalik

USAHA mencari dan menyelamat mangsa lemas turut dilakukan pada waktu malam. - TWITTER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Pasukan tentera India dikerah bagi membantu usaha menyelamat mangsa yang lemas di Sungai Brahmaputra, timur laut India.

Kejadian bot terbalik yang berlaku kira-kira pukul 4.30 petang semalam, meragut seorang mangsa, manakala dua penumpang lain dilaporkan masih hilang.

Bot yang membawa seramai 90 penumpang itu hilang kawalan sebelum terbalik ketika melalui sungai yang terletak berdekatan Jorhat, Assam.

Sebanyak 87 penumpang berjaya diselamatkan dengan beberapa mangsa berenang ke kawasan pantai berdekatan.

Ketua Polis Jorhat, Ankur Jain berkata, pihaknya dibantu penduduk tempatan dan pasukan penyelamat lain ketika menyelamatkan mangsa tersebut.

“Setakat ini, sebanyak satu kes kematian sudah disahkan. Pihak tentera menyertai usaha mencari dan menyelamat pagi tadi, manakala tentera udara India membantu pencarian dengan helikopter,” katanya. – BBC

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN