‘Tengkorak’ diburu curi rokok berjenama - Utusan Malaysia

‘Tengkorak’ diburu curi rokok berjenama

RAKAMAN CCTV menunjukkan suspek memakai kotak dan topeng muka tengkorak di sebuah pasar raya mini di Banten. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANTEN: Seorang lelaki memecah masuk sebuah pasar raya mini di Jalan Gunung Karang, Pandeglang, dengan memakai kotak dan topeng muka tengkorak bagi melindungi identitinya.

Lapor Detik.com, Ketua Unit Siasatan Jenayah, Polis Pandeg­lang, Fajar Mauludi berkata, suspek memecah masuk premis dari bahagian bumbung dan mencuri berpuluh-puluh kotak rokok berjenama.

Katanya, pemilik premis mengalami kerugian sebanyak 10 juta rupiah (RM2,900) akibat kejadian itu.

Jelasnya, pihak polis masih menjalankan siasatan bagi memburu suspek.

“Kita sudah mendapatkan maklumat daripada pekerja dan pemilik kedai serta rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

“Tidak mustahil rompakan ini melibatkan lebih daripada seorang pelaku,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN