Suu Kyi berdepan tuduhan baharu kes rasuah - Utusan Malaysia

Suu Kyi berdepan tuduhan baharu kes rasuah

AUNG SAN SUU KYI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON: Pemerintah junta Myanmar akan mengheret Aung San Suu Kyi ke mahkamah untuk dibicarakan atas satu lagi dakwaan rasuah.

Perkara itu ditegaskan peguam bekas pemimpin terbabit hari ini sambil menambah sejumlah kes yang sedang dibicarakan terhadap Suu Kyi meletakkannya bakal dipenjara selama berpuluh-puluh tahun.

Suu Kyi diletakkan dalam tahanan rumah sejak pemerintahannya digulingkan junta tentera dalam rampasan kuasa pada Februari lalu.

Perkara itu mencetuskan pemberontakan besar-besaran oleh penyokong Suu Kyi.

Suu Kyi akan berdepan perbicaraan baharu terhadap empat tuduhan rasuah bermula 1 Oktober ini di Naypyidaw, jelas peguam, Khin Maung Zaw.

Setiap tuduhan rasuah membawa hukuman maksimum penjara 15 tahun. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN