Sindiket penipuan: 336 suspek, budak 12 tahun disiasat - Utusan Malaysia

Sindiket penipuan: 336 suspek, budak 12 tahun disiasat

ANGGOTA polis melakukan rondaan di sepanjang persiaran Marina Bay di Singapura. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Seramai 336 orang termasuk seorang kanak-kanak berusia 12 tahun disiasat ke­rana dipercayai terlibat dalam sindiket penipuan.

Lapor Channel News Asia, polis menerusi kenyataan memaklumkan suspek tersebut didakwa merupakan penipu atau keldai wang.

Suspek yang terdiri daripada 236 lelaki dan 100 wanita yang disiasat itu, berusia antara 12 hingga 74 tahun.

Menurut polis, suspek ber­kenaan dipercayai terlibat dalam lebih 1,439 kes penipuan membabitkan mangsa kerugian lebih S$13 juta (RM40.22 juta).

Kes itu meliputi penipuan cinta atau ‘Love Scam’, pembe­lian dalam talian atau e-dagang, menyamar sebagai pegawai China dan pegawai kerajaan, menggunakan e-mel perniagaan, pelaburan, pekerjaan dan pinjaman palsu.

Siasatan itu dibuat susulan operasi penguatkuasaan yang dilakukan selama dua minggu antara 10 dan 24 September.

Polis berkata, suspek disiasat atas kesalahan menipu, pengu­bahan wang haram atau menyediakan perkhidmatan pembayaran tanpa memiliki lesen sah.

“Mereka yang didapati bersalah menipu boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan didenda.

“Individu didapati bersalah melakukan pengubahan wang haram pula boleh dipenjara sehingga 10 tahun, denda hingga S$500,000 (RM1.5 juta) atau kedua-duanya sekali.

“Menjalankan perniagaan yang menyediakan sebarang jenis perkhidmatan pembayaran di Singapura tanpa lesen boleh didenda hingga S$125,000 (RM386,817), hukuman penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya,” jelas kenyataan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN