Serangan universiti Rusia: Bapa bagi anak duit beli senjata - Utusan Malaysia

Serangan universiti Rusia: Bapa bagi anak duit beli senjata

RAKAMAN CCTV menunjukkan suspek berpakaian taktikal serba hitam dengan bersenjata di Perm State University, Rusia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Bapa kepada suspek lelaki yang menembak mati seramai lapan mangsa di Perm State University di barat Siberia, mengaku memberikan anaknya 350 pound (RM2,000) untuk membeli senjata.

Bapa suspek yang merupakan bekas anggota polis, Marat Bekmansurov, 40, membuat pengakuan tersebut selepas insiden berdarah melanda Rusia, lapor Daily Mail.

Suspek yang merupakan pelajar universiti itu, Timur Bekmansurov, 18, kini ditahan di Hospital di Perm, Urals, dengan pengawasan ketat anggota polis.

Salah satu kakinya terpaksa dipotong dan dia juga menerima rawatan akibat kecederaan pada bahagian perut selepas berbalas tembakan dengan anggota polis.

Dalam kejadian pagi Isnin lalu, suspek yang memakai pakaian taktikal serba hitam berlegar-legar di kawasan universiti tersebut dan melepaskan tembakan sehingga mengakibatkan beberapa pelajar dan pensyarah universiti tersebut terbunuh.

Beberapa pelajar lain berusaha menyelamatkan diri dengan terjun dari tingkat dua bangunan.

Sementara itu, bekas teman wanita Bekmansurov memberitahu wartawan, lelaki itu sangat teruja melepaskan tembakan di kawasan kampus tersebut.

“Saya sangat terkejut dengan kejadian itu, tetapi Bekmansurov menyifatkan ia sebagai bahan jenaka,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya