Seorang lagi kanak-kanak Afghanistan maut akibat makan cendawan beracun - Utusan Malaysia

Seorang lagi kanak-kanak Afghanistan maut akibat makan cendawan beracun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WARSAW: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun yang dipindahkan dari Kabul dilaporkan meninggal dunia selepas memakan cendawan beracun.

Perkara itu disahkan oleh doktor semalam, sehari sebelum adik lelakinya yang berusia lima tahun juga maut akibat makan cendawan beracun.

Dua kanak-kanak itu tiba di Poland bersama keluarganya pada 23 Ogos lalu selepas kumpulan Taliban mengambil alih Afghanistan.

Mereka menjalani proses kuarantin di sebuah pusat penempatan pendatang di pekan Podkowa Lesna berhampiran Warsaw.

Institut Kesihatan Memorial Kanak-Kanak Warsaw menerusi kenyataan mengesahkan kematian budak lelaki itu.

Kanak-kanak itu telah menjalani pemindahan hati pada awal minggu ini namun keadaannya tidak bertambah baik.

Menurut pihak pengurusan hospital, kanak-kanak itu memakan cendawan tersebut sehari selepas mereka tiba di negara berkenaan.

Pejabat Hal Ehwal Rakyat Asing yang mengendalikan pusat penempatan pendatang di Poland memaklumkan lima orang memerlukan bantuan perubatan kerana mengalami sakit perut.

Namun, sebelum itu, mereka tidak memaklumkan telah memakan cendawan tersebut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya