PARIS: Seorang lelaki bertindak melempar telur kepada Presiden Perancis, Emmanuel Macron ketika pemimpin itu melawat Pameran Perdagangan Makanan Antarabangsa di Lyon, semalam.
Associated Press melaporkan, rakaman video mengenai kejadian itu menunjukkan Macron berjalan melalui kawasan sesak ketika sebiji telur dilempar di bahagian bahunya, tetapi tidak pecah.
Dua pengawal dilihat dengan pantas melindungi Presiden daripada perkara tidak diingini.
Video itu juga menunjukkan seorang lelaki ditahan dan dibawa ke tempat lain oleh pengawal.
Pada Jun lalu, Macron ditampar oleh seorang lelaki ketika beliau bersalaman dengan orang ramai di sebuah kota kecil di tenggara Perancis.










