‘Selamat tinggal James Bond’ – Craig - Utusan Malaysia

‘Selamat tinggal James Bond’ – Craig

Siri filem James Bond iaitu No Time To Die dikatakan menjadi siri filem terakhir lakonan Daniel Craig. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Aktor terkenal, Da­niel Craig mengucapkan selamat tinggal kepada watak dimainkannya, James Bond dan seluruh pelakon serta kru penggambaran yang dikena­linya sepanjang perjalanan filem tersebut.

Lapor Daily Mail, Craig menzahirkan ucapan penuh emosi itu dalam satu video yang dikongsi di laman Twitter pada Jumaat lalu.

Dalam klip video dirakam di set penggambaran filem No Time To Die pada 2019, Craig dilihat menunjukkan emosinya kepada pasukan penggambaran sambil mengucapkan terima kasih atas sokongan berterusan mereka.

Pelakon berusia 53 tahun itu terlibat dalam siri filem perisikan sejak 2005 apabila membuat kemunculan pertama watak perisik dalam Casino Royale.

Ketika berucap, Craig yang tampil segak memberitahu, ramai kru penggambaran bekerjasama dengannya dalam semua siri filem James Bond.

“Ramai orang di sini yang pernah bekerja dengan saya dalam lima siri filem.

“Saya tahu banyak perkara diperkatakan mengenai pandangan saya berkaitan filem-filem ini dan apa sahaja,” katanya.

Craig menyifatkan peluang berlakon dalam siri filem James Bond amat berbaloi buatnya ke­rana dapat bekerja bersama rakan-rakan lama perfileman.

“Saya suka setiap siri filem ini terutamanya filem yang baharu ini kerana berpeluang bekerja dengan anda semua,” katanya.

Craig mengakhiri ucapannya dengan menyatakan ia merupakan penghormatan besar dalam hidupnya untuk bekerja dengan kru sama dalam semua siri filem James Bond lakonannya.

Rakaman video itu menunjukkan Craig meletakkan tapak tangannya di dada sambil melihat sekeliling kru penggambaran sehingga pada satu tahap beliau cuba menahan sebak.

No Time To Die mengalami banyak kelewatan penggambaran dan akan menemui peminatnya dalam tayangan perdana pada 28 September ini di Royal Albert Hall dan di Amerika Syarikat pada 8 Oktober.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya