fbpx

Sanggup naik trak sejuk beku kerana mahu lari dari zon Covid-19

SERAMAI 15 warga Vietnam ditemukan dalam sebuah trak sejuk beku. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI: Seramai 15 penduduk termasuk seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun ditemukan di dalam sebuah trak sejuk beku selepas melarikan diri dari kawasan zon merah Covid-19 di Vietnam.

Lapor Suara.com, zon merah Covid-19 itu terletak di kawasan selatan yang dikenakan perintah berkurung akibat kes jangkitan Covid-19 yang tinggi.

Ahad lalu, polis di wilayah Binh Thuan menemukan 15 individu tersebut di dalam trak sejuk beku yang mencurigakan.

Menurut laporan portal Phap Luat, isu itu terbongkar selepas melalui sebuah pusat pemeriksaan dalam perjalanan menuju ke arah utara.

“Polis terkejut menemukan 15 orang berada di belakang trak.

“Ada dalam kalangan mereka menunjukkan gejala sesak nafas,” jelas laporan itu.

Tambah laporan itu, kesemua individu di dalam trak tersebut membawa sijil ujian saringan Covid-19.

Berdasarkan laporan, kumpulan individu berkenaan terpaksa menempuh perjalanan kira-kira 10 kilometer (km) dari wilayah selatan Dong Nai dengan berada di dalam trak tertutup itu.

Wilayah Dong Nai merupakan sebuah kawasan perindustrian yang mencatatkan lebih 35,000 kes jangkitan dan 320 kematian akibat Covid-19.

Wilayah itu dikenakan perintah berkurung penuh sejak Julai lalu.

Malah, beberapa hospital sementara ditubuhkan untuk merawat ribuan penduduk yang dijangkiti wabak Covid-19. – AGENSI

POPULAR

KOSMO! TERKINI