DUNEDIN: Kotor, jijik dan meloyakan. Itu pemandangan yang dapat dilihat menerusi gambar rumah yang didiami sekumpulan lelaki muda yang dimuat naik dalam akaun TikTok seorang pengguna media sosial.
Gambar yang disiarkan oleh portal Diagon.deli menunjukkan keadaan rumah yang amat teruk yang dihuni oleh enam lelaki di Dunedin, New Zealand semasa arahan peringkat keempat oleh pihak kerajaan untuk kekal berada di rumah.
Semasa perintah itu berkuat kuasa, semua kedai ditutup dan satu-satunya cara menempah makanan adalah menerusi sistem click and collect atau perkhidmatan pandu lalu.
Rakaman video pertama menunjukkan sampah berlonggokan sehingga melimpah keluar dari tong sampah.
Keadaan itu menyebabkan laluan di luar kawasan rumah juga sukar dilalui.
Lebih meloyakan apabila kawasan dapur sehingga ruang tamu dipenuhi dengan longgokan sampah makanan seperti botol kaca, tin minuman dan pembungkus makanan yang tidak diuruskan dengan baik.
Rumah seperti ‘tongkang pecah’ itu mendapat tawaran daripada ratusan penduduk tempatan yang menawarkan perkhidmatan mencuci rumah tersebut.
New Zealand merekodkan sebanyak 15 kes baharu Covid-19 hari ini. – AGENSI










