Roket bawa kru Inspiration4 berlepas keliling orbit Bumi - Utusan Malaysia

Roket bawa kru Inspiration4 berlepas keliling orbit Bumi

ROKET Falcon 9 SpaceX yang membawa kru Inspiration4 berlepas dari tapak pelancaran di Pusat Kennedy NASA di Florida. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Roket SpaceX yang membawa empat angkasawan amatur dilaporkan berlepas ke angkasa lepas dalam misi tiga hari mengelilingi orbit Bumi.

Lapor BBC, kru angkasawan dikenali sebagai Inspiration4 dibawa menerusi kapsul Dragon yang berlepas dari tapak pelancaran di Pusat Kennedy NASA di Florida, malam kelmarin.

Inspiration4 terdiri daripada seorang hartawan, Jared Isaacman dan tiga orang awam iaitu bekas pesakit kanser tulang, Hayley Arceneaux, 29; bekas veteran Tentera Udara Amerika Syarikat (AS), Chris Sembroski, 42; dan ahli sains geologi, Sian Proctor, 51.

Penerbangan SpaceX disewa oleh Isaacman yang merupakan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, Shift4 Payment.

Misi tersebut dianggap sebagai satu lagi peristiwa pen­ting pasaran pelancongan angkasa lepas yang sebelum ini ketinggalan kira-kira sedekad lalu.

Sebelum ini, ahli perniagaan Richard Branson dan Jeff Bezos mengembara ke angkasa lepas dengan menggunakan kapal ang­kasa syarikat mereka sendiri.

Menurut laporan, kru Inspiration4 menjalani latihan intensif selama enam bulan dengan SpaceX sebelum mengikuti misi mengorbit Bumi itu.

Bagaimanapun, kapsul Dra­gon itu akan dikawal oleh sistem komputer kapal angkasa tersebut dan diselia oleh pakar-pakar SpaceX di lapangan.

Dilaporkan, kapsul Dragon itu tidak akan menghampiri Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

“Misi ini merupakan penerbangan bebas yang menyasarkan ketinggian 575 kilometer (km).

“Ia kira-kira 150km di atas ISS yang mengorbit dan ketinggian dari lokasi Teleskop Angkasa Hubble melihat kosmos,” jelas laporan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN