Remaja wanita terjun bangunan selepas diculik - Utusan Malaysia

Remaja wanita terjun bangunan selepas diculik

RAKAMAN video menunjukkan mangsa melompat keluar dari tingkap sebuah bangunan di Turki.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANTALYA: Seorang remaja wanita yang mendakwa dirinya diculik nekad menyelamatkan diri dengan melompat keluar dari tingkap bangunan di bandar Antalya, Turki, Khamis lalu. 

Lapor Daily Mail, satu rakaman video menunjukkan wanita yang dikenali sebagai Sirin N.E oleh media tempatan, 19, menjuntaikan kakinya di tingkap dari ketinggian sembilan meter sebelum melompat keluar. 

Remaja itu menjerit meminta pertolongan daripada orang ramai sebelum melakukan lompatan. 

Namun, orang ramai yang tidak mengetahui Sirin berada dalam bahaya cuba mendesaknya untuk masuk kembali ke dalam bangunan itu dan menelefon pihak polis. 

Dia akhirnya terjun dari tingkap bangunan itu sebelum terjatuh di atas sebuah kereta dan dibantu oleh orang ramai.  

 Insiden itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah dan dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut. 

Sirin menjelaskan dia diculik dan diseksa oleh lelaki Iran, yang turut berniat menjual dirinya. 

Seorang saksi, Sahin Iyidilli berkata, dia berada di dapur ketika mendengar jeritan dari luar. 

“Apabila saya melihat ke luar tingkap, saya terdengar Sirin menjerit, ‘Saya mahu mati’,” katanya kepada laman berita Turki Haberler. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya