Putera George tak sempat jadi pemerintah Britain? - Utusan Malaysia

Putera George tak sempat jadi pemerintah Britain?

PUTERA George kini berusia lapan tahun dan merupakan pewaris ketiga takhta Britain. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Putera George, anak sulung kepada pasangan Putera William dan Catherine Middleton diramal tidak sempat untuk menaiki takhta sebagai peme­rintah Britain.

Ramalan itu dinyatakan seorang novelis, Hilary Mantel, yang melihat sistem monarki Britain akan berakhir sebelum Putera George menaiki takhta.

The Mirror melaporkan, Putera George yang berusia 8 tahun merupakan pewaris ketiga takhta Britain selepas Putera Charles dan Putera William.

Namun, Mantel percaya ha­nya dua generasi sempat menduduki takhta tertinggi dalam sistem monarki Britain itu.

Jelas beliau, hal demikian kerana arus pemodenan dunia masa kini akan mengubah sistem kerabat diraja.

Berdasarkan perhitungan Mantel, monarki Britain hanya akan bertahan selama dua ge­nerasi akan datang, sekali gus menjadikan Putera William sebagai pemerintah terakhir.

“Saya rasa ia merupakan satu ramalan yang adil namun tidak akan menaruh harapan tinggi.

“Ia agak sukar untuk memahami pemikiran di sebalik pemerintahan beraja di dunia moden ketika orang ramai hanya melihat mereka sebagai selebriti,” katanya kepada The Times.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya