Polis tumpaskan sindiket dadah dari Malaysia - Utusan Malaysia

Polis tumpaskan sindiket dadah dari Malaysia

PIHAK polis menunjukkan bahan bukti dadah yang berjaya dirampas di Jakarta Timur, semalam. – DETIK.COM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seramai lapan indi­vidu yang menjadi pengedar dadah sindiket dari Malaysia diberkas sepasukan polis da­lam operasi di dua lapangan terbang di Jakarta Timur.

Hasil serbuan itu, Tim­balan Ketua Polis Metro Ja­karta, Setyo Koes Hariyanto berkata, pihaknya merampas sebanyak dua kilogram metham­phe­tamine melibatkan dua lokasi di Ciracas dan Polugadung, lapor Detik.com.

“Hasil maklumat awal yang diterima dari Jakarta Pusat menga­takan kes berlaku di Jakarta Timur dan kita menjejak suspek di dua lokasi tersebut,” katanya dalam sidang akhbar.

Menurut Setyo, pihak polis masih menjalankan siasatan bagi melumpuhkan rangkaian dadah tersebut.

“Kita mahu menyiasat kes ini sehingga rangkaian terbesar supaya kes pengedaran dadah di Jakarta dapat ditumpaskan sepenuhnya,” tegasnya.

Semua suspek kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Metro Jakarta Pusat dan menghadapi pertuduhan berkaitan dadah yang boleh membawa kepada hukuman mati.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya