Polis siasat ustaz ditembak depan rumah - Utusan Malaysia

Polis siasat ustaz ditembak depan rumah

LOKASI kejadian ustaz ditembak di depan rumahnya di Tangerang. - AGENSI

JAKARTA: Pihak polis sedang menyiasat kes tembakan melibatkan seorang ustaz di Tangerang, Banten oleh individu tak dikenali, semalam.

CNN Indonesia melaporkan, Ketua Perhubungan Awam Polis Daerah Metro Jaya, Yusri Yunus berkata, kejadian berlaku di depan pintu rumah mangsa selepas selesai menunaikan solat Maghrib.

“Ketika mangsa selesai menunaikan solat dan pulang ke rumah, mangsa ditembak individu tak dikenali ketika berada di depan pintu,” katanya.

Yusri berkata, menurut saksi, mangsa ditembak di bahagian pinggang.

“Mangsa dikejarkan ke hospital dan meninggal dunia,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN