Polis NZ tembak mati suspek pengganas di pasar raya - Utusan Malaysia

Polis NZ tembak mati suspek pengganas di pasar raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WELLINGTON: Polis New Zealand menembak mati seorang lelaki yang mencederakan enam orang dalam satu serangan di sebuah pasar raya di Auckland hari ini.

Polis memaklumkan, serangan itu berlaku apabila suspek memasuki pasar raya Countdown di New Lynn.

“Polis berjaya mengesan suspek dan dia ditembak mati di lokasi kejadian.

Sehingga kini, polis tidak mendedahkan motif kejadian.

Beberapa saksi memberitahu, suspek menggunakan pisau untuk mencederakan orang ramai.

Ada juga saksi memaklumkan mereka terdengar bunyi tembakan.

Sementara itu, Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern menyifatkan kejadian tersebut sebagai serangan pengganas.

Beliau memaklumkan suspek merupakan rakyat Sri Lanka yang tiba di negara ini pada 2011. – AFP

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.