Perdana Menteri Jepun bakal letak jawatan - Utusan Malaysia

Perdana Menteri Jepun bakal letak jawatan

YOSHIHIDE SUGA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Perdana Menteri Jepun, Yoshihide Suga akan meletak jawatan selepas setahun menjadi pemimpin negara ini.

Suga menggantikan Shinzo Abe yang meletak jawatan pada September tahun lalu atas faktor kesihatan, menyaksikan sokongan terhadapnya menurun bawah 30 peratus ketika negara ini bergelut dengan peningkatan kes Covid-19.

Pemilihan pemimpin parti dijadualkan berlangsung pada 29 September ini dan pemenang bakal dilantik sebagai perdana menteri.

Namun, Suga memaklumkan beliau tidak akan bertanding dalam pemilihan tersebut.

Kerajaan Jepun juga mempertimbangkan untuk mengadakan pilihan raya umum pada 17 Oktober.

Suga sebelum ini bercadang untuk merombak Kabinet pimpinannya dan barisan eksekutif parti, namun perancangannya gagal.

Dalam pada itu, Fumio Kishida iaitu bekas menteri luar negara ini bakal bertanding merebut jawatan pemimpin parti LDP.

Beliau sebelum itu mengkritik tindakan Suga dalam menguruskan pandemik Covid-19 di negara ini. – REUTERS

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.