Perbicaraan terbesar Perancis libatkan 330 peguam, 300 mangsa selama 145 hari - Utusan Malaysia

Perbicaraan terbesar Perancis libatkan 330 peguam, 300 mangsa selama 145 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Perbicaraan yang melibatkan serangan November 2015 di sini bakal didengar bermula September sekali gus menjadikan sebagao perbicaraan terbesar dalam sejarah perundangan moden negara.

Perbicaraan itu dijangka mengambil masa selama sembilan bulan sehingga Mei tahun depan yang memperuntukkan 145 hari untuk perbicaraan dengan fail kes yang berjumlah jutaan halaman dalam 542 jilid dan berukuran 53 meter.

Perbicaraan itu juga melibatkan kira-kira 330 peguam, 300 mangsa dan bekas presidennya, Francois Hollande yang dijangka memberi keterangan, November ini.

Perbicaraan yang berlangsung di Mahkamah di Ile de la Cite dijangka dihadiri seramai 14 daripada 20 defendan, termasuk satu-satunya penyerang yang masih hidup, Salah Abdeslam.

Presiden persatuan mangsa serangan, Arthur Denouveaux juga menyifatkan perbicaraan itu bakal menjadi sesuatu yang amat penting dalam kehidupannya.

“Setiap orang mempunyai harapan masing-masing, tetapi kita tahu bahawa ini adalah benda yang penting untuk masa depan kita,” katanya yang merupakan mangsa terselamat.

Perbicaraan itu juga diharap dapat merawat luka psikologi sekian lama, 350 orang yang cedera dan keluarga yang kehilangan orang tersayang, yang akan memberikan keterangan selama lima minggu bermula 28 September ini.

Cristina Garrido yang kematian anaknya menyifatkan langkah itu adalah satu langkah maju kehadapan walaupun menanggung penderitaan.

“Apa yang saya mahukan adalah (defendan) dapat mendengar kesakitan yang mereka tinggalkan,” katanya.

Serangan November 2015 lepas menyaksikan Paris dikejutkan dengan pembunuhan seramai 130 orang di bar, restoran dan konsert Bataclan.

Sekumpulan lelaki Daesh bersenjata melepaskan tembakan rambang dari sebuah kereta di ibu kota yang penuh sesak dengan orang ramai.

Pembunuhan itu juga disusuli di konsert muzik Bataclan menyebabkan seramai 90 orang terkorban di sana.

Dalam pada itu, perbicaraan itu juga memfokuskan bagaimana skuad pembunuh itu berjaya tidak dikesan masuk ke Perancis.

Seramai 14 tertuduh menghadapi pelbagai pertuduhan bermula daripada memberikan sokongan logistik hingga merancang dan melakukan kesalahan berkaitan senjata juga dijangka hadir ke mahkamah.

Bagaimanapun, enam lagi suspek diadili dalam keadaan tidak hadir kerana dianggap sudah mati.

Peguam yang mewakili Abdeslam, Olivia Ronen pula meminta agar pihak kehakiman dapat menjunjung prinsip undang-undang negara itu.

“Perbicaraan akan dipenuhi dengan emosi, badan kehakiman harus menjaganya agar tidak melupakan prinsip-prinsip yang mendasari undang-undang negara kita,” katanya.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya