Penyanyi I Believe I Can Fly 'diterbangkan' juri hukuman penjara 100 tahun - Utusan Malaysia

Penyanyi I Believe I Can Fly ‘diterbangkan’ juri hukuman penjara 100 tahun

R. KELLY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHICAGO: Penyanyi R Kelly didapati bersalah atas sembilan tuduhan pemerasan dan pemerdagangan seks oleh juri Persekutuan, semalam, dalam perbicaraan terhadap penyanyi itu yang didakwa mengeksploitasi status bintangnya untuk menganiaya wanita dan gadis bawah umur secara seksual selama dua dekad.

BBC melaporkan, juri mendapati Kelly, nama sebenarnya Robert Sylvester Kelly, menjalankan keganasan dan paksaan seksual terhadap wanita dan kanak-kanak.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu I Believe I Can Fly itu juga didapati memperdagangkan wanita di Amerika Syarikat, menghasilkan pornografi kanak-kanak dan terlibat dalam penculikan.

Seorang wanita yang memberi keterangan mendakwa, Kelly memenjarakannya, dibius dan diperkosa.

Penyanyi itu menghadapi hukuman penjara hingga 100 tahun – 20 tahun kerana pemerasan, 10 tahun untuk setiap kesalahan pemerdagangan seks.

Hukuman dijangka dilaksanakan pada 4 Mei 2022.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN