NEW DELHI: Seorang pengawal keselamatan di sebuah hospital kerajaan di daerah Odisha Angul didakwa memberikan suntikan vaksin kepada seorang lelaki.
Lapor India Today, aksi yang mengejutkan banyak pihak itu dimuat naik menerusi video berdurasi seminit yang dimuat naik dalam Twitter.
Rakaman video menunjukkan pengawal keselamatan memakai baju biru memberikan suntikan vaksin kepada seorang individu di atas katil pesakit.
Kejadian itu dipercayai berlaku di sebuah wad hospital.
Insiden itu menerima kecaman ramai kerana jelas melanggar protokol kesihatan yang membenarkan seseorang bertaraf pengamal atau petugas perubatan berdaftar memberikan suntikan vaksin.










