Pengantin wanita pengsan semasa akad nikah - Utusan Malaysia

Pengantin wanita pengsan semasa akad nikah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAMPUNG: Akad nikah adalah peristiwa penting yang sangat dinanti-nantikan bagi setiap pasangan pengantin yang bakal disatukan dengan ikatan sah.

Kebiasaannya, majlis itu dihiasi dengan suasana tangisan bahagia dan penuh kesyukuran oleh setiap ahli keluarga yang datang meraikan.

Namun, berbeza pula kisah akad nikah yang berlaku di Lampung apabila pengantin wanita tiba-tiba pengsan di meja pernikahan.

Persitiwa cemas itu dimuat naik dalam TikTok sehingga ditonton sebanyak empat juta kali.

Menerusi video itu, kelihatan sepasang pengantin duduk bersama sebelum upacara pernikahan dilangsungkan.

Kedua-dua pengantin dilihat mengaminkan bacaan doa oleh jurunikah.

Tetamu wanita yang menyaksikan kejadian itu bergegas menyedarkan pengantin dan beberapa tetamu lelaki lain berusaha memberikan pertolongan.

Namun, pengantin lelaki yang mencuri perhatian warga maya kerana dia hanya kelihatan duduk melihat sahaja bakal isterinya.

Reaksi itu menimbulkan pelbagai komen kurang senang dalam media sosial apabila ada yang mempersoalkan bagaimana lelaki itu mahu menjadi ketua keluarga.

“Aku terkejut melihat lelaki itu cuma diam sahaja tanpa ada sebarang reaksi.

“Ini sudah ijab kabul atau belum? Kalau belum batalkan sahaja. Seorang lelaki tidak akan melihat pasangannya begitu sahaja.

“Siapa yang pengsan sebenarnya? Lelaki atau wanita? Kelihatan si lelaki yang tidak berdaya,” komen warga maya.-AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN