Pusat dialisis Perkeso mudahkan pencarum dapat rawatan

Pusat dialisis Perkeso mudahkan pencarum dapat rawatan percuma

STEVEN Sim (berdiri, tengah) dan Anthony Loke (kiri) beramah mesra dengan pencarum yang menerima rawatan di Pusat Dialisis Perkeso Cawangan Seberang Jaya, Pulau Pinang semalam.-UTUSAN/SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Pusat dialisis pertama di utara Semenanjung yang mula beroperasi di Seberang Jaya hari ini dijangka memudahkan pencarum mendapatkan rawatan dialisis secara percuma.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, pusat dialisis itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk memperluaskan perkhidmatan rawatan dialisis kepada pencarum.

“Objektif penubuhan pusat ini adalah untuk membantu mengurangkan kos yang ditanggung pencarum mendapatkan rawatan dialisis memandangkan kos di pusat rawatan swasta ketika ini semakin meningkat.

“Menerusi pusat dialisis ini juga, pesakit tidak perlu membayar apa-apa kerana ada subsidi dan ini antara faktor kenapa kita menubuhkan beberapa pusat dialisis kendalian Perkeso sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pusat Dialisis Perkeso Cawangan Seberang Jaya dan Penyerahan Tajaan Lindung Kendiri di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Setakat ini, terdapat enam pusat dialisis Perkeso yang beroperasi di Lembah Klang khususnya di Kuala Lumpur, Se­langor selain pusat dialisis yang terdapat di Johor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini