Pasukan keselamatan India terus berkawal di Kashmir selepas pengebumian pemimpin pemisah - Utusan Malaysia

Pasukan keselamatan India terus berkawal di Kashmir selepas pengebumian pemimpin pemisah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SRINAGAR: Ribuan anggota keselamatan India masih ditempatkan di Kashmir bagi meneruskan perintah berkurung susulan kematian pemimpin kumpulan pemisah, Syed Ali Geelani.

Kematian Syed Ali meningkatkan ketegangan di wilayah ini selepas pihak berkuasa tidak membenarkan jenazahnya dikebumikan secara umum.

Bagi mengelakkan situasi tidak diingini, pihak berkuasa turut menghentikan akses internet dan talian telefon, selain mengawal ketat semua kawasan terutamanya selepas solat Jumaat.

Penduduk awam juga dinasihatkan tidak keluar dari rumah sekiranya tiada urusan penting.

Pada petang semalam, penduduk dan pasukan keselamatan India bertempur kerana berang tidak dibenarkan melawat jenazah Asyed Ali.

Bagi meredakan keadaan, pasukan keselamatan melepaskan gas pemedih mata, namun tiada kecederaan dilaporkan.

Sementara itu, anak lelaki Syed Ali memberitahu jenazah bapanya dikebumikan pada waktu tengah malam, iaitu beberapa jam selepas beliau meninggal dunia. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya