New York dilanda banjir kilat, ragut lapan nyawa - Utusan Malaysia

New York dilanda banjir kilat, ragut lapan nyawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Sekurang-kurangnya lapan orang maut selepas bandar raya ini dilanda banjir kilat yang dicetuskan oleh Taufan Ida ketika membadai timur laut Amerika Syarikat (AS) hari ini.

Taufan tersebut melanda Louisiana pada hujung minggu lalu, menyebabkan banjir besar dan puting beliung di sejumlah kawasan.

Gabenor New York, Kathy Hochul mengisytiharkan darurat selepas bandar raya ini ‘lumpuh’ akibat banjir.

Namun, pihak berkuasa New York tidak memaklumkan bagaimana lapan kematian itu berlaku.

Selain itu, darurat juga diisytiharkan di New Jersey dengan seorang dilaporkan maut di bandar Passaic, sekali gus menjadikan jumlah kematian akibat Taufan Ida kini sebanyak 16 orang.

“Kita mengalami curahan hujan yang luar biasa sehingga mencetuskan banjir besar di kebanyakan tempat di New York,” kata Datuk Bandar Bill de Blasio.

Selain itu, ratusan penerbangan dibatalkan di lapangan terbang LaGuardia, JFK dan Newark akibat hujan lebat.

Banjir kilat yang berlaku juga menyaksikan sebahagian jalan utama di Manhattan, The Bronx dan Queens dinaiki air, sekali gus tidak boleh dilalui kenderaan.

Beberapa stesen tren bawah tanah turut ditenggelami banjir menyebabkan perkhidmatan dihentikan buat sementara waktu.

Rakaman siaran televisyen menunjukkan sejumlah kereta ditenggelami air di beberapa kawasan di sekitar New York. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya