Money Heist musim kelima tular selepas tayang hari ini - Utusan Malaysia

Money Heist musim kelima tular selepas tayang hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Drama bersiri popular Money Heist musim kelima yang ditunggu-tunggu sejak sekian lama akhirnya ditayangkan hari ini di seluruh dunia sehingga tular dalam Twitter.

Orang ramai memuat naik ciapan ‘Nairobi’ yang merupakan antara watak perompak wanita sehingga meraih puluhan ribu ciapan pengguna lain.

Drama bersiri itu akan disiarkan dalam dua bahagian dengan bahagian pertama sebanyak lima episod ditayangkan bermula hari ini.

Bahagian kedua akan diterbitkan pada 3 Disember iaitu tiga bulan selepas tayangan siri pertama bagi musim kelima dilancarkan.

Terdapat banyak sebab kenapa Netflix menyiarkan Money Heist dalam dua bahagian antaranya adalah disebabkan serangan pandemik Covid-19.

“Penggambaran drama siri itu terganggu akibat pandemik dan menyebabkan masalah utama kepada pasukan produksi,” kata penulis sebuah portal hiburan antarabangsa.

Money Heist merupakan drama bersiri Sepanyol yang ditayangkan kali pertama pada 2017.

Drama itu menceritakan tentang sebuah kes rompakan bank yang dirancang penuh teliti oleh ketuanya, Profesor.

Drama bersiri yang sudah memasuki musim keempat itu memecah rekod apabila berjaya meraih tontonan paling tinggi dalam saluran penstriman berbayar tanpa iklan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya