TOKYO: Satu mesej dalam botol yang dihanyutkan 37 tahun lalu oleh pelajar sekolah menengah di Jepun ditemukan, sekitar 6,000 kilometer jauhnya di Hawaii.
Ahli kelab sains di Choshi High School di Chiba, timur Tokyo, melepaskan 750 botol ke laut antara 1984 dan 1985 untuk menyelidik arus lautan.
Botol yang mengandungi mesej dalam bahasa Inggeris, Jepun dan Portugis yang meminta pencari menghubungi pengirim, ‘terdampar’ di Filipina, Kanada dan Alaska.
Botol ke-50 yang ditemukan dianggap yang terakhir. Ini kerana tiada lagi yang ditemukan selepas itu.
Botol ke-50 itu ditemukan di Kagoshima, Jepun pada 2002.
Bagaimanapun, botol ke-51 ditemukan seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun di Hawaii pada Jun lalu.
Mesej berukuran kad masih dapat dibaca.
“Saya benar-benar terkejut. Botol ke-50 ditemukan 19 tahun lalu, jadi saya fikir itu yang terakhir. Ia sangat menggembirakan apabila botol ke-51 ditemukan.
“Saya amat berharap seseorang akan menemukan botol ke-52,” kata Naib Pengetua sekolah itu, Jun Hayashi.
Mayumi Kondo, anggota kelab sains pada 1984 berkata, penemuan itu ‘menghidupkan kembali kenangan nostalgia’ dari zamannya.
“37 adalah masa yang lama, tetapi di sisi lain, ia benar-benar membawa pulang betapa besar dan misterinya Bumi dan alam semula jadi,” katanya. – AFP










